DISEDIAKAN OLEH :
NUR RABI'ATUL HUSNA BINTI MIOR ZAIDI
(2011891524)
BMD1Bh
DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU101
UiTM ARAU, PERLIS
PROGRAM :
ANALISIS PELABURAN (BM114)
TARIKH SERAH :
1 OGOS 2011
ISI KANDUNGAN
* PENDAHULUAN
* ABSTRAK
* DEFINISI MASJID / SURAU
* DOA
* TEMUBUAL
* PENUTUP
* RUJUKAN
PENDAHULUAN
Bismillahhirahmanirohim. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh. Bersyukur kehadrat Ilahi atas keizinanNYA memberi saya kekuatan untuk menghasilkan esei ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah matapelajaran CTU iaitu yang berbahagia Ustaz Abd Aziz bin Harjin kerana memberikan tunjuk ajar dan panduan kepada saya bagi menyiapkan tugasan esei ini.
Diharapkan agar dengan hasilnya esei yang saya coretkan ini dapat sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada mana – mana pihak yang ingin mengenali lebih mendalam tentang peranan surau / masjid kepada masyarakat dan antara aktiviti – aktiviti yang dijalankan dan bakal dijalankan.
ABSTRAK
Masjid (مسجد) adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Sujud membawa arti patuh, tunduk, taat dan hormat kepada Allah s.w.t. Bermaksud masjid sebagai jantung umat Islam untuk melestarikan ketaatan kepada Allah s.w.t. dalam segenap aspek kehidupan. Dalam surah al-Jin ayat 18 Allah berfirman yang bermaksud
"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapa pun bersama-sama Allah"
Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orangIslam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.
Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.Masjid sebagai tempat untuk beribadah tidak boleh diganggu ketenangannya. Pembicaraan dengan suara yang keras disekitar masjid yang dapat mengganggu jamaah di masjid dilarang. Selain itu, orang tidak boleh berjalan di depan jamaah yang sedang solat. Para jamaah juga dianjurkan untuk memakai pakaian yang tidak bertulisan mahupun berwarna supaya menjaga kekhusyukkan solat.
DEFINISI MASJID / SURAU
Masjid / surau dalam bahasa arab bermaksud tempat bersujud manakala dari segi istilah yang dimaksudkan masjid adalah suatu bangunan yang memiliki batas-batas tertentu yang didirikan untuk tujuan beribadah kepada Allah seperti solat, zikir, membaca Al-quran dan ibadah lain. dan lebih spesifik lagi yang dimaksudkan masjid ialah tempat mendirikan solat berjemaah.
" dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah selain daripada Allah... " (QS. al-Jin:18)
" dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang menghalang -halangi menyebut nama Allah dalam masjid -masjid Nya dan berusaha untuk merobohkannya?? mereka itu tidak sepatutnya masuk kedalamnya ( masjid Allah) kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhiat mendapat siksa yang berat. " (QS. al- Baqarah :114)
DOA -DOA
Maksudnya:
"Ya Allah, jadikanlah pada hatiku cahaya, pada lidahku (percakapanku) cahaya, pada pendengaranku cahaya, pada penglihatanku cahaya, dari atasku cahaya, dari bawahku cahaya, dari kananku cahaya, dari hadapanku cahaya dan dari belakangku cahaya, Jadikanlah dalam diriku cahaya, besarkanlah cahaya bagiku dan agungkanlah cahaya bagiku. Jadikanlah bagiku cahaya serta jadikanlah diriku cahaya. Ya Allah, berikanlah kepadaku cahaya dan jadikanlah dalam urat sarafku cahaya, dalam dagingku cahaya, dalam darahku cahaya, pada rambutku cahaya dan pada kulitku cahaya".
Maksudnya:
"Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Agung dan dengan wajahNya Yang Mulia dan kekuasaanNya yang kekal dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah. Ya Allah bukakanlah kepadaku pintu-pintu rahmatMu".
Maksudya:
"Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah. Ya Allah, aku memohon kepadaMu limpah kurniaanMu. Ya Allah, Peliharalah daku dari syaitan yang direjam".
TEMUBUAL BERSAMA IMAM / USTAZ / BILAL
NAMA PENUH :
USTAZ ABD RAZAK BIN AHMAD
KELULUSAN :
IJAZAH SARJANA MUDA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
* pengalaman sepanjang menjadi imam / ustaz / bilal
antara pengalaman sepanjang saya menjadi imam di surau ataupun di masjid ialah mengendalikan solat fardu , solat sunat , Qiamulail , solat hari raya dan mempengerusikan ceramah-ceramah khas .
* aktiviti yang pernah dijalankan di surau
pelbagai aktiviti pernah dijalankan di surau sebagai contoh surau at-taqwa , antaranya ialah program ceramah , qiamulail , menyambut hari kebesaran dalam islam , majis berkhatan dan aktiviti gotong royong .
* sambutan orang ramai terhadap aktiviti yang telah dijalankan
sambutan orang ramai terhadap aktiviti yang telah dijalankan ialah amat menggalakkan . namun ia tertakhluk kepada aktiviti yang dirancangkan. sekiranya ia melibatkan tokoh-tokoh tertentu , sambutan orang ramai terhadap aktiviti yang dijalankan amatlah menggalakkan .
* masalah yang dihadapi sewaktu mengendalikan surau / masjid
sepanjang saya mengendalikan surau, antara masalah yang sering dihadapi ialah kerjasama daripada masyarakat terutama hal-hal yang berkaitan dengan ibadah seperti solat fardu secara berjemaah . bilangan jemaah terlalu sedikit terutama daripada golongan belia.
* penyelesaian yang telah diambil
pihak ajk surau telah mengadakan kempen dan penerangan yang lebih jelas tentang kepentingan dan keperluan melibatkan diri dalam aktiviti surau.
* cadangan dan harapan bagi memajukan surau dan masjid sekaligus memperkenalkan syiar islam terhadap masyarakat
saya menyarankan agar mengadakan lebih banyak program yang lebih banyak melibatkan golongan belia dan sesuai dengan aktiviti semasa . selain itu pihak ajk surau juga boleh menjalankan aktiviti ziarah kerumah penghuni yang jarang datang ke surau .harapan saya semoga masyarakat sedar tentang kewajipan setiap individu untuk mengimarakkan surau sebagai rumah Allah dan tempat menyatukan masyarakat. disamping itu diharapkan masyarakat dapat menghayati tuntutan agama dengan lebih baik dan sempurna.
PENUTUP
peranan masjid dan surau ini bukan sahaja mampu mengeratkan lagi silaturrahim sesama hambaNya malah ia juga turut membawa kita ke satu tahap lagi dimana kita sendiri mampu mengubah corak pemikiran kita yang serba kekurangan . kita sebagai seorang anak remaja yang bakal memimpin negara satu masa nanti harus berfikir lebih jauh ke mana arahnya destinasi kita pada masa akan datang. kita juga seharusnya berwaspada dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang makhluk ciptaanNya. oleh yang demikian, wajarlah kita sama-sama mencari serta mendalami ilmu agama islam yang penuh dengan kebenaran ini .
RUJUKAN
* keluarga USTAZ ABD RAZAK BIN AHMAD
* www.abdazizharjin.blogspot.com
* www.doaharian.blogspot.com
' SEKIAN TERIMA KASIH '


